Saturday, December 17, 2011

~~Sembelihlah~~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Alhamdulillah.... Selamat sudah hari ini, menjalani kursus dan latihan sembelihan... Inipun boleh kira sebahagian daripada persiapan untuk bergelar suami ni... ^_^" hehehe... Kali pertama sembelih sendiri, biasanya pegangkan sahaja... Tidaklah serumit mana rupanya... Banyak pula 'misconception' selama ini yang dijelaskan kembali oleh Ustaz Reza tadi... Sayang sekali tidak ada banyak gambar yang dapat diambil... Walaubagaimanapun, eloklah juga daripada tiada langsung~ 

Tidak rugi RM10. Setimpal dengan pengalaman yang berjaya diperoleh. Tahniah kepada Kelab Rakan Siswa Kolej Antarabangsa Ibu Zain kerana berjaya menganjurkan kursus seperti ini. 






Mangsa penyembelihan beramai-ramai

Saudara Ahmad berlumuran darah~



Darah siapa di tanganku??

Kalau kalian tertanya-tanya, apa yang terjadi kat ayam dan kambing yang dah disembelih tu, pada sebelah malamnya pula ada Kenduri Perdana, bersama dengan anak-anak yatim... Seronok sangat makan, lupa lagi nak ambil gambar... Hari ini duit makan yang utama dah dapat jimat... Alhamdulillah... Ilmu dapat, kenyang pun dapat~

Video Penyembelihan
amaaran: Video ini mungkin akan menyinggung perasaan ataupun mengerikan sesiapa yang tidak tahan. bak kata mereka yang berbahasa inggeris, "Viewer Discretion Is Advised"





p/s: minta maaf jika tidak menarik ataupun bahasa terlalu 'skema'... (posting pertama~) huhu~

No comments:

Post a Comment