Sunday, December 18, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Berbicara mengenai bahasa, pernahkah kalian perasan perbezaan di antara penutur Bahasa Inggeris yang asal dan penutur Bahasa Melayu yang asal. Penulis tidak pernah ke luar negara, jadi perbandingan yang akan penulis lakukan hanyalah sekadar cerita lisan dan juga berdasarkan filem-filem dari kedua-dua bahasa.

Kenapa filem? Filem (bergantung kepada genre) boleh menjadi gambaran budaya dan juga situasi sosial sesuatu negara. Trend terbaru, isu-isu semasa, dan juga nilai-nilai moral yang berkaitan dengan sesuatu negara akan terpapar secara langsung atau tidak melalui sebuah filem. Dalam perkataan lain, identiti sesebuah bangsa atau negara dapat diketahui melalui filem-filem yang terhasil. Filem juga mampu mengaruhi khalayak umum kerana idea-idea yang cuba disampaikan melalui deria penglihatan dan pendengaran lebih mudah dihadam dan diingati berbanding melalui penglihatan atau pendengaran sahaja secara berasingan.

Eh, berceloteh tentang filem, apa sebenarnya yang penulis cuba bandingkan seperti yang telah disebut di perenggan awal tadi? Apabila kita berbicara mengenai identiti sesebuah bangsa atau negara, kita tidak dapat lari daripada mempersoalkan isu bahasa. Ya, bahasa. Isu yang kebanyakan daripada kita ambil sambil lewa sahaja. Pada pandangan penulis, umum masyarakat di Malaysia, tidak kira bangsa, sedar bahawa mereka tidak menggunakan bahasa yang baku dalam pertuturan seharian. Baku di sini bukanlah merujuk kepada cara sebutan, tetapi lebih kepada tatabahasa (grammar). Bahkan, penulis sendiri pun mengakui kekurangan penulis dalam hal ini. Lebih-lebih lagi semenjak meninggalkan alam persekolahan; bahasa pengantar kebanyakan peringkat persediaan ke universiti ialah dalam Bahasa Inggeris. Maka layulah penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Malaysia. Bandingkan pula dengan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat di England misalnya. Ya, mereka mungkin tidak mengetahui dengan lebih terperinci mengenai apa itu past participle tense, ergative verb, dan jenis-jenis klausa yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, namun begitu, mereka mampu bertutur dengan lancar dan baik, tanpa melakukan kesalahan tatabahasa melainkan sedikit. Isu dialek setempat bukanlah persoalannya kerana sungguhpun terdapat sesetengah variasi dalam tatabahasa mengikut kedudukan geografi, (seperti contoh perbezaan dalam Bahasa Jerman mengikut negeri dan negara) itu tidak pula menyekat penguasaan bahasa baku mereka.

Berbalik kepada topik filem, ramai orang sudah memberi pandangan mengenainya dari sudut nilai moral dan kebejatan sosial. Jadi tidak perlulah penulis menyentuh perkara itu. Hitunglah filem yang pernah, sedang, dan akan ditayang di Malaysia yang ada menggunakan walaupun sedikit bahasa baku di dalamnya. Bandingkan dengan filem-filem dari negara asing. Ya, diakui terdapat banyak masalah jika kita mengambil kira filem-filem Hollywood. Penggunaan ain't, pertembungan dua perkataan negatif tetapi masih membawa maksud negatif, dan bermacam-macam lagi percanggahan tatabahasa baku Bahasa Inggeris. Namun perlu diingat, perbezaan Bahasa Inggeris di Amerika dan England bukan sekadar dari sudut sebutan. Bahasa Inggeris di Amerika telah terpisah daripada England dek Lautan Atlantik. Bahkan terdapat perkataan yang sudah lupus dari penggunaan di United Kingdom yang masih digunakan di Amerika. Walaupun penggunaan bahasa slanga berlaku dalam filem-filem Hollywood, penggunaan bahasa yang masih mengikut lunas-lunas tatabahasa juga masih hadir. Contoh:
                                   Q:Where were you studying (for Bachelor's 
                                       Degree)?
                                   A: I went to Harvard Business School.

Lihat soalan yang serupa dalam Bahasa Melayu,

                                   S: Dari mana anda memperoleh Ijazah Pertama 
                                       anda?
                                   J: Saya memperoleh Ijazah Pertama saya dalam 
                                       bidang Ekonomi di Universiti Malaya.

atau

                                  S: Di mana kau belajar untuk Ijazah Pertama?
                                  J: Aku belajar dalam jurusan Ekonomi di UM.


atau

                                   S: Dulu kau belajar katne?
                                   J: Aku belajar Ekonomi kat UM

Dalam filem-filem Hollywood, adakah pernah anda dengar jawapan selain I went to Harvard Business School, jika sememangnya itu jawapannya? Malah, jika dilihat filem-filem terkenal dari England, kesalahan tatabahasa atau penggunaan bahasa pasar hampir tiada. Lihat pula senario yang sama dalam Bahasa Melayu. Bagi penulis, perbezaan adegan pertama dan kedua hanyalah dari segi keformalan. Pada pandangan penulis kedua-duanya sudah cukup mematuhi tatabahasa Melayu. (Betulkan penulis jika tersilap!) Namun begitu adakah kita akan mendengar ayat-ayat seperti dalam adegan kedua dalam filem-filem kita? Apatahlagi adegan pertama. Penulis yakin, perkataan-perkataan dari adegan ketiga jugalah yang selalu didengar dalam filem-filem di Malaysia. Perkataan kat dan katne masing-masing merujuk kepada perkataan dekat dan dekat mana. Dari sudut tatabahasa, tepatkah penggunaan kedua-dua istilah tersebut?

Penulis memahami bahawa penggunaan bahasa baku mungkin dianggap skema oleh sesetengah pihak. Tiada salahnya menggunakan bahasa pasar dalam filem, apabila adegan itu menggambarkan situasi tidak formal dalam perbualan seharian. Namun tidak adakah sedikitpun ruang untuk penggunaan bahasa baku? Sekurang-kurangnya perbaikilah dari segi penggunaan penjodoh bilangan yang betul, penggunaan peribahasa yang kena pada tempatnya, atau yang lebih dahsyat lagi, penggunaan bahasa rojak. Sekiranya ingin menggunakan sesuatu bahasa, tidak kira apa bahasa sekalipun, Jerman, Sepanyol, Itali, Inggeris, Melayu, Jawa atau Mandarin, gunalah bahasa tersebut dengan sebaik-baiknya, tidak perlu dicampuradukkan. tiada salahnya bertutur dalam Bahasa Inggeris selagi mana bahasa ibunda tidak dilupakan. Setiap bahasa mempunyai keistimewaan dan keindahan tersendiri, yang akan tercemar dengan penggunaan bahasa rojak. Penggunaan bahasa yang tepat dan baku secara tidak langsung melambangkan jati diri penuturnya. Kecelaruan bahasa menandakan penutur yang tidak memahami dan mengenali identiti mereka sendiri. Kekusutan ini harus dileraikan dengan segera, sedikit demi sedikit sebelum ia merosakkan keindahan Bahasa Melayu. Begitu murahkah nilai bahasa kita sehingga sanggup digadai demi sedikit keuntungan?


Nota kaki: Sebarang kesalahan tatabahasa penulis harap dapat ditegur dengan baik dan bersopan. Artikel ini tidak ditujukan secara khas kepada sesiapa. Artikel ini hanyalah pandangan peribadi penulis yang mahu Bahasa Melayu berdiri gah di persada dunia, setanding dengan bahasa-bahasa lain. Sebarang kekasaran bahasa ataupun kritikan tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak. Sepuluh jari penulis susun andai ada pihak yang terasa hati...

Saturday, December 17, 2011

~~Sembelihlah~~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Alhamdulillah.... Selamat sudah hari ini, menjalani kursus dan latihan sembelihan... Inipun boleh kira sebahagian daripada persiapan untuk bergelar suami ni... ^_^" hehehe... Kali pertama sembelih sendiri, biasanya pegangkan sahaja... Tidaklah serumit mana rupanya... Banyak pula 'misconception' selama ini yang dijelaskan kembali oleh Ustaz Reza tadi... Sayang sekali tidak ada banyak gambar yang dapat diambil... Walaubagaimanapun, eloklah juga daripada tiada langsung~ 

Tidak rugi RM10. Setimpal dengan pengalaman yang berjaya diperoleh. Tahniah kepada Kelab Rakan Siswa Kolej Antarabangsa Ibu Zain kerana berjaya menganjurkan kursus seperti ini. 






Mangsa penyembelihan beramai-ramai

Saudara Ahmad berlumuran darah~



Darah siapa di tanganku??

Kalau kalian tertanya-tanya, apa yang terjadi kat ayam dan kambing yang dah disembelih tu, pada sebelah malamnya pula ada Kenduri Perdana, bersama dengan anak-anak yatim... Seronok sangat makan, lupa lagi nak ambil gambar... Hari ini duit makan yang utama dah dapat jimat... Alhamdulillah... Ilmu dapat, kenyang pun dapat~

Video Penyembelihan
amaaran: Video ini mungkin akan menyinggung perasaan ataupun mengerikan sesiapa yang tidak tahan. bak kata mereka yang berbahasa inggeris, "Viewer Discretion Is Advised"





p/s: minta maaf jika tidak menarik ataupun bahasa terlalu 'skema'... (posting pertama~) huhu~

Sunday, June 26, 2011

Coming soon..

I never thought that it took me almost two years to gather ideas for this blog... Many of this will be posted soon... Just wait for it... :p

Tuesday, November 10, 2009

Dengarlah Lelaki...

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati ?
Ibuku menjawab, Nak…

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi
lika-liku kehidupan…

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…

Duit bukan kawan…

Dunia hanya pinjaman…

Mati tak berteman…

ps:- thanx kak idah... :p

Sunday, November 1, 2009

What should I do???


Assalamualaikum friends... In a few days, I'll finish sitting the exam... What do you all think I should do thereafter??? Any suggestions friends???

Mein erste Mal..

Assalamualaikum... Hye... I'm new to this blogging stuff, so I'm hoping to learn... huhu...